Category Archives: News
Projek ekopelancongan ancam hutan, keselamatan penduduk
CAMERON HIGHLANDS: Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) menyuarakan kebimbangan terhadap pembangunan projek ekopelancongan di sebuah kawasan bukit di pekan Tringkap di sini yang bukan sahaja menjejaskan hutan tetapi mengancam keselamatan penduduk.
Presiden Reach, A. Dilip Martin berkata, pihaknya hairan bagaimana projek tersebut boleh diluluskan kerana pembangunan di atas bukit itu terletak terlalu hampir dengan rumah penduduk.
Pihaknya bimbang jika projek itu terus dilaksanakan, kemungkinan boleh menyebabkan bencana tanah runtuh dan banjir.
“Kami kesal kerana walaupun ada bantahan, projek berkenaan diteruskan malah kawasan itu sudah dibersihkan.
“Jika kerja-kerja menolak tanah dilakukan, kemungkinan berlakunya tanah runtuh dan banjir di pekan Tringkap.
“Apakah agensi kerajaan tidak peka terhadap keselamatan penduduk Tringkap? Adakah kerajaan hanya akan bertindak apabila berlakunya bencana alam?” Soalnya ketika ditemui Utusan Malaysia.
Katanya, dalam Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands (RTDCH), kawasan yang diluluskan untuk pelancongan itu adalah kawasan hutan dan Kelas 1, yang tidak boleh dilaksanakan pembangunan.
Katanya, pihak yang berkenaan harus meneliti tanah yang terletak dalam kawasan hutan itu yang mana tahap ketinggian Kelas 1 mengikut RTDCH.
“Persoalannya bagaimana EIA (penilaian impak alam sekitar) mendapat kelulusan di kawasan lebih 90 darjah ketinggian?
“Juga bagaimana laporan EIA diluluskan tanpa mengambil pendapat dan ulasan penduduk pekan Tringkap? Adakah kajian terperinci dijalankan dan telah mendapat kelulusan semua jabatan teknikal?” Soalnya. – UTUSAN
25-10-2013 – The ravaging of Malaysia’s Cameron Highlands
Land is being cleared at an unprecedented rate in Malaysian region famous for its beauty and fertility.
Kuala Lumpur, Malaysia – High up in Malaysia’s Cameron Highlands, in a forested valley once home o a community of indigenous people, a platoon of heavy trucks and excavators is hard at work pulling down trees and devouring the surrounding hills to make space for a new township.
Land is being cleared at an unprecedented rate in the highlands, some 1,500 metres above sea level, not only for housing, shops and hotels, but also for vegetable and flower farms. The average temperature in the area has risen two degrees Celsius in the past decade.
For full report click this link