Kerjasama REACH dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia).

oleh Cheam May Choo

Pada tahun 2016 ,  Jabatan Meteorologi Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman ( MOU) bersama REACH untuk kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pemonitoran cuaca dan komposisi atmosfera di Pusat Biodiversiti REACH di Gunung Brinchang. MOU ini adalah untuk tempoh 5 tahun. Segala hasil penyelidikan akan dikongsi bersama Met Malaysia dan REACH.

Sebuah stesen cuaca mini akan didirikan di pusat Biodiversiti kami yang terletak diketinggian 1800 metre dari paras laut di Gunung Brinchang. Oleh kerana tempat ini dikelilingi oleh hutan awan dan tidak tercemar, hasil penyelidikan atmosfera dikawasan ini boleh dijadikan bandingan dengan kawasan lain.

Pada tahun 2017 pemonitoran kualiti udara dengan menggunakan 4 parameter atmosfera dimulakan.Ini termasuk untuk NO nitrogen oxide, NO2 nitrogen dioxide, SO2 sulphur dioxide, and NH4 amnonia. Persampelan diambil setiap bulan dan dihantar ke Met Malaysia.

Pada bulan September tahun ini , alat ‘Wet Only Rain Water Sampler’  telah di pasang ditempat ini bagi mengukur komposisi air hujan.

Gambar diatas-Seorang kakitangan Met Malaysia sedang  memberi tunjuk ajar bagi Presiden kami Encik Rama untuk aktiviti persampelan serta mengendalikan penghantaran sampel ke makmal. Jadual persampelan adalah setiap hari Selasa setiap minggu.