Kempen Kesedaran 3R ( Reuse,Reduce and Recycle) di Sekolah

oleh Saraswathi

Kepentingan Amalan 3R terhadap masyarakat amat penting, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar sekolah. Begitulah setiap tahun REACH berusaha meningkatkan kesedaran 3R dikalangan pelajar-pelajar sekolah. Seisi permulaan sekolah bagi tahun 2023/2024 amat mengalu-alukan REACH untuk mengadakan aktiviti bersama mereka.

Kami sekumpulan sukarelawan bagi aktiviti 3R, iaitu En. Rajoo, Datin Aseema, Kak Haslina dan saya Saras berusaha untuk mengendalikan aktiviti 3R bersama sekolah. Di setiap sekolah yang terlibat kami memberi ceramah ringkas tentang 3R dan amalan harian yang harus kita buat saperti mengasingkan dan mengurangkan sampah.

Untuk lebih berkesan dan mendorongkan pelajar, kami selalunya mengadakan aktiviti-aktiviti yang bersemangat dan menterujakan kanak-kanak. Setiap perserta yang menghasilkan kraft yang kreatif dan cantik diberikan hadiah oleh pihak REACH.

Sekolah yang terlibat dari bulan Mac 2023 hingga Mei 2023.

1. SJKT Ringlet

21/3/2023

Tahun 1 hingga tahun 6.

50 murid dan dibantu oleh guru-guru sekolah

Program dimulakan dengan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan. Tahun 4 hingga 6, dibahagi mengikut kumpulan, 4 hingga 6 orang murid pada setiap kumpulan. Mereka membina kraftangan dengan bahan buangan, manakala tahun 1 hingga 3 melakar poster secara individu dengan kreatif sendiri dimana tanah liat digunakan sebagai gantian warna. En. Anand, guru sekolah SJKT Ringlet memperkenalkan teknik mewarna dengan bahan semulajadi. Ini dapat mengurangkan penggunaan warna yang mengandungi bahan kimia.

2.SJKT Kuala Terla

22/3/2023

Tahun 1 hingga Tahun 6

70 orang murid dan guru sekolah

En. Rajoo memberikan ceramah ringkas tentang 3R dan Alam sekitar.Guru besar sekolah En. Arun amat berminat untuk kami menggadakan aktiviti yang sama di sekolah SJKT Ringlet iaitu melakar poster dan mewarna dengan penggunakan tanah liat. Mereka telah siap sediakan bahan yang diperlukan. Semangat bermain tanah liat bukan sahaja dikalangan anak murid malah guru turut serta.  Kami dibantu oleh Kiroosha.

3.SJKT BOH 2

23/3/2023

Tahun 1 hingga tahun 6.

25 orang murid dan guru sekolah turut serta En Dilip,presiden kami dan kumpulan dari Persatuan “Shake your City”

Saya, Saras telah memberikan taklimat ringkas tentang tujuan kehadiran kami pada hari tersebut. Dengan idea baharu dari Datin Aseema, kami memperkenalkan seni lakaran poster dengan surat khabar lama dan majalah lama, Seni kolaj. Seramai 96% pelajar mereka terdiri daripada kanak-kanak orang asli. Pada permulaan kami kurang pasti samada mereka faham atau tidak tetapi setelah melihat hasil kerja mereka , kami sekumpalan 3R amat teruja dengan penyampaian yang diberikan oleh mereka.

4.SJKT Sungai Palas

5/4/2023

16 orang murid dan guru

Perkenalan ringkas tentang REACH, aktiviti buat kali pertama bersama Sekolah Sg. Palas. Kumpulannya yang sangat kecil, akan tetapi REACH tetap mengadakan program 3R bersama mereka. Datin Aseema, Kak Haslina dan saya telah mengendalikan program tersebut. Oleh kerana kumpulan pelajar yang sangat kecil, REACH memberikan taklimat ringkas dan aktiviti yang mudah seperti mewarna kepada tahap satu dan seni kolaj pada tahap dua. Guru besar En. Winson dan guru-guru turut membantu kami menjayakan program pada hari tersebut.

5. SJKC Tanah Rata

12/4/2023

51 orang murid

Taklimat 3R  diberikan oleh saya, Saras dan dibantu oleh Kak Haslina dan Riethisha. Aktiviti diteruskan dengan 2 aktiviti berbeza iaitu tahun 4 seni kolaj menggunakan majalah lama manakala tahun 5 dan 6, melakar poster bertemakan alam sekitar. Setiap mereka dibahagikan menggikut kumpulan dan setiap kumpulan 5 hingga 6 orang murid. Bukan sahaja melakar dan mewarna poster tetapi kami meminta mereka membina lima ayat atau sloga berkenaan alam sekitar tertulis pada lakaran poster mereka.