Sekolah Cherwell dari UK menunjukkan minat berterusan untuk terlibat dengan komuniti Orang Asli. Pengalaman lalu yang Berjaya, Aktiviti di Kampung Kuala Boh dan lawatan ke kebun Organic Mr. Fung telah memberi impak yang berkesan. Mencungkil minat yang berkeinginan, Pengetua sekolah Cherwell menghubungi semula untuk memperluas pengalaman dan hubungan, REACH mencadangkan aktiviti kali ini di Kampung Sg. Ubi.Berikut beberapa idea untuk menjadikan aktiviti kali ini lebih bermakna dan menyeronokkan.
Aktiviti menanam pokok pada pagi dan petang di hari yang sama dengan aktiviti bergaul mesra bersama kanak-kanak di kampung, Menyanyi, bercerita, mewarna dan bermain. Walaupun penat mendaki bukit di pagi hari, tiada halangan bagi mereka, apabila bersama kanak-kanak disana mengubah segala kepenatan. Dengan penuh ceria dan diakhiri dengan gembiranya
Reforestation – 18 Julai 2025 @ 8am
- 16 pelajar dan 4 guru.
Bergaul mesra bersama Kanak-kanak dari Kampung Sg. Ubi – 18 Julai 2025 @ 3 petang
Suasana petang itu dipenuhi dengan gelak tawa dan keceriaan apabila sekumpulan kanak-kanak seramai 30 orang dari Kampung Sg. Ubi menyertai aktiviti berinteraksi mesra bersama para pelajar dan guru. Mereka menyanyi lagu-lagu “nursery rhymes”, mencipta alat muzik kreatif menggunakan botol mineral dan beras, serta bermain sambil mewarna poster yang telah disediakan.
Aktiviti diteruskan dengan sesi bercerita dari buku cerita yang membawa mereka ke dunia imaginasi yang penuh warna. Momen ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara generasi, tetapi juga menyemai nilai kreativiti, ekspresi diri dan kasih sayang dalam suasana yang santai dan menyeronokkan. Terima kasih kepada volunteer REACH Shangetha dan land rover team.b