Fenomena La Nina: NGO gesa projek pembangunan tanah ditangguhkan

Malaysia Gazette – Friday, September 26, 2025

Fenomena La Nina: NGO gesa projek pembangunan tanah ditangguhkan

CAMERON HIGHLANDS – Fenomena La Nina yang diramalkan berlaku pada awal musim sejuk 2025/2026 mencetuskan kebimbangan penduduk di sekitar daerah ini terhadap kemungkinan berlakunya tanah runtuh dan banjir lumpur.

Berikutan itu, Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) menggesa supaya projek pembangunan berimpak tinggi di sini ditangguhkan bagi mengelakkan perkara itu berlaku.

Presidennya, A Dilip Martin berkata, perkara ini perlu diberi perhatian serius memandangkan jumlah taburan hujan akan lebih tinggi berbanding biasa serta boleh menjejaskan persekitaran yang berisiko tinggi.

“Kami memohon supaya kerajaan negeri dan Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands supaya menghentikan sementara projek penolakan tanah yang diluluskan.

“Kalau hujan turun 24 jam tanpa henti kawasan yang sedang melakukan penolakan (tanah), berkemungkinan akan berlaku banjir lumpur,” katanya kepada media ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Dilip mendakwa, hasil pemantauan REACH mendapati terdapat tiga projek berimpak tinggi melibatkan pertanian dan perumahan yang sedang dibangunkan di Ringlet, Tringkap dan Sungai Mensun.