Program 3R (Reuse, Reduce, Recycle) diteruskan

oleh Saraswathi

1.CHERISH Home

13 Jun 2023, 10.00-12.00 tengahhari

4  orang Kanak Kanak Istemewa dan 2 Cikgu ( Cikgu Jayanthi dan Cikgu Indira )

Aktiviti 3R yang diadakan bersama anak CHERISH ( Cameron Highlands Educational ,Rehabilitational Informative Special Home) kali ini ialah lakaran lukisan dengan tanah liat dan seni kolaj. Kanak-kanak dibantu oleh cikgu mereka. Kami memberikan mereka lakaran yang mudah dan ringkas. Setiap lakaran mereka amat diterujai kerana ia merupakan pengalaman baru bagi mereka.

2. SK MENSON

15th Jun 2023, 10.30pagi -12.30petang

Tahun 4,5 and 6,. Bilangan murid 113.

Buat pertama kali tahun ini kami dari kumpulan REACH mengadakan aktiviti bersama SK Menson. Sekolah ini merupakan sekolah dari kalangan murid-murid orang asli dari Kawasan Kg. Kuala Boh dan Pos Menson. Keselurah murid terdiri daripada 300 orang. Kami hanya melibatkan peserta dari tahun 4 hingga 6. Walaupun penat selepas latihan merentas desa, mereka terus ke dewan untuk aktiviti 3R kami. Program ini dikendalikan oleh  Datin Aseema ,sukarelawan kami Cikgu Sevaranee, Abinashree , Praveen Varma dan saya bersama dengan cikgu-cikgu SK Menson.

Seperti biasa kami mulakan aktiviti dengan taklimat ringkas tentang 3R diikuti dengan aktiviti seni.  Kelas Tahun 5 dan 6 digabungkan dan dipecahkan mengikut Kumpulan. Setiap kumpulan 4 orang. Kami memberikan contoh-contoh poster untuk mereka melakar dan diberikan satu slogan cintai alam sekitar. Manakala untuk tahun 4 saya menyediakan kertas aktiviti untuk kesenian kolaj. Setiap pemenang kami memberikan hadiah berupa bekas makanan minuman dan beg Eco-friendly supaya lebih mendorong mereka agar tidak menggunakan plastic.