Program Penanaman pokok ini dilaksanakan dengan peruntukan dari My ICE dibawah ROS Registrar of Societies Malaysia. Peruntukan sebanyak RM10,000 diterima pada bulan April 2022 dan program ini bermula dari bulan Mei 2022 hingga bulan Ogos 2022. Tapak penanaman pokok adalah di Pusat Biodiversiti REACH di Gunung Brinchang yang berada 1600 hingga 1800 m dari paras laut.
Seramai 327 orang murid dan guru dari 9 buah sekolah Cameron Highlands mengambil bahagian . Jumlah anak pokok/okid yang ditanam adalah 330 batang dan meliputi pokok species tempatan saperti Geruk, Kelat,Ara, Medang Serai, Medang Payung, Eugenia, Rhododendron dan okid liar saperti Bulbophyllum, Eria, Cologyne, Flickingeria, Trichostasia, Phaius dan lain lain.
Setiap program bermula pada 9 pagi apabila murid murid tiba di tapak dengan pengangkutan kenderaan 4 wheel . Mereka akan diberi taklimat/arahan daripada pembimbing dan kepentingan hutan tanah tinggi ditekankan. Ini diikuti oleh aktiviti penanaman pokok dan pada 12 tengah hari murid murid dibawa balik ke pusat pengumpulan selepas minuman ringan.
Pehak REACH ingin mengucap beribuan terima kasih kepada ROS kerana memberi dana dan galakan; pejabat pendidikan, sekolah sekolah, cikgu-cikgu, persatuan ibu bapa yang memberi sokongan dan menaja makanan dan minuman ringan; dan sukarelawan kami, Encik Selvarajoo, Encik Kaliyannan , Encik Ramachandran, Encik Vijendran, Encik Kumaresan yang memberi bimbingan kepada anak murid.
Beerikut adalah senarai sekolah yang mengambil bahagian
25hb Mei 2022-Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJKT Ringlet-39 peserta menanam 30 pokok
29hb Jun 2022-Sekolah Kebangsaan SK Kampung Raja-44 peserta menanam 45 pokok
30hb Jun 2022-SJKT Tanah Rata-42 peserta menanam 45 pokok
20hb Julai 2022-SJKT Kuala Terla-38 peserta menanam 35 pokok
21 hb Julai 2022- SK Convent-36 peserta menanam 35 pokok
10hb Ogos 2022- Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Kg Raja-33 Peserta menanam 35 pokok
11hb Ogos 2022- SK Tanah Rata-35 peserta menanam 35 pokok
17hb Ogos 2022-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJKC Tanah Rata-27 peserta menanam 35 pokok
25hb Ogos 2022- SJKC Ringlet ( Cameron)-33 peserta menanam 35 pokok